Friday, February 20, 2009

PERSYAITAN SEMUA



sekarang

Saturday, February 14, 2009

SAMPAI MATI


walau dipertaruh satu dunia,
walau digegar satu semesta,
cinta ini hanya untuk kamu sahaja.

tak ada yang lain.
takkan ada pengganti.
hati yang diberi sebagai saksi.


cinta yang disemi akan abadi,
dalam segenap relung jiwa dan keasyikan duniawi.
i love you sampai mati.

Saturday, February 7, 2009

KITA



pertemuan kita,
suatu memori bahagia,
saat itu aku gembira,
aku terpesona, aku terkesima.

dengan kesegakkan mu..
dengan tutur langkahmu,
dengan keperibadian mu,
buat ku tergoda.

perkenalan kita,
kita bersua,
kita berkata mesra..
sehingga,
kita bercinta.

kini,
aku milikmu,
walau beribu..berjuta rintangan berlalu,
aku cinta kamu,
walau apa pun yang berlaku.

aku berjanji padamu,
tiada apa yang akan dapat.
mengugat rasa sayang dan kasihku.

aku berharap,
cinta kita akan teguh.
seteguh tajmahal.
seteguh tujuh keajaiban dunia.
supaya kita dapat melayari bahtera cinta,
sampai bila-bila,
sampai kehujung ke hujung nyawa.



DEWAKU.



dewaku,

namamu terukir,
dalam catatan harianku,
asal usulmu hadir,
dalam diskusi kehidupan ku,
wajah wujudmu terlukis,
dalam sketsa mimpi-mimpi ku,
indah suaramu terakam,
dalam pita batinku.

dewaku,
dan kau hidup mengaliri,
pori-pori cinta dan semangatku,
kerna
kau adalah hadiah agung
dari tuhan,
khas untukku
wahai kasih ku
kau jiwa ragaku.

KETIGA,



tika kau bergembira,
aku sangat merana,
tika kau tertawa ,
aku disini sengsara,
tika kau berteman dan berkasih mesra,
aku terjelepuk..aku kesepian.

dihatimu,
tiada lagi aku,
hanya sidia..
perosak dunia.
dunia yang pernah kita bina..

namun,
kau jua,
jantan sialan yang tidak langsung mengenal kaca dan permata.
jantan sialan yang selayaknya dihumban digaung sana,
jantan sialan yang tidak hargai pengorbanan dan kasih cinta.

dan..
sesungguhnya dia,
orang ketiga..
senantiasa bergemb ira,
sesungguhnya dia,
orang ketiga,
seringkali meras a,
kemanisan 'permulaan'
bagi segala seksaan .

TEMPO CHENTA



pertemuan itu,
adalah suatu kemanisan,
suatu keasyikan
serta suatu kenikmatan.
dikala cinta mula berputik,
semuanya bagaikan disyurga,
berterbangan di awangan,
hanya merasa kebahgiaan.

pertengahan itu,
masih suatu kemanisan,
tetapi penuh kekeliruan,
diumbang ambing dengan ketidak pastian,
dikala samar-samar masih dibelenggu pertalian.

penamat itu,
pastinya suatu kepahitan,
penuh seribu satu peyeksaan,
suatu penganiyaan dan suatu kesakitan,
sesungguhnya,
disitu wujudlah kebencian,
serta disitulah juga merupakan
segala
pengakhiran.